Thursday, May 9, 2019

BAHAYA MAKAN AYAM YANG TIDAK DIMASAK DENGAN SEMPURNA

Jika anda sedang menikmati hidangan dan mendapati daging ayam masih merah dan ada kesan darah, hentikan, JANGAN MAKAN. Ini bermakna ayam tersebut tidak dimasak dengan sempurna.



Tanda-tanda ayam tidak dimasak dengan sempurna

Tanda-tanda ayam tersebut tidak dimasak dengan sempurna ialah:

1) Dading ayam berwarna kemerahan
2) Masih ada kesan darah di antara sendi tulang ayam
3) Ayam berbau hanyir dan berlendir
4) Daging ayam yang kurang masak berbeza teksturnya dengan ayam yang telah masak sepenuhnya
5) Suhu dibahagian dalam daging lebih sejuk berbanding dibahagian luarnya
 
Daging ayam mentah mengandungi pelbagai jenis patogen yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit.

Dalam kes yang ringan, anda mungkin mendapat gejala sakit perut, muntah dan cirit.

Ada kes serius melibatkan kematian apabila kuman ini masuk kedalam saluran darah manusia dan merebak ke seluruh tubuh. Situasi ini dinamakan sebagai “bacteremia”.
.
Sekiranya anda sayang dan masih mahu makan daging tersebut, masak semula sehingga suhu daging mencecah 74’ C

Jika anda makan di restoran, jangan teragak agak untuk pulangkan menu tersebut untuk di masak dengan lebih sempurna.

Bulan Ramadhan ini, ayam percik dan ayam panggang selalu ada masalah seperti ini. Jadi berhati hatilah ya.

Kredit: Public Health Malaysia


Sebarang pertanyaan pm/sms/whatssup 0133221852 (Rahmah Mohid)
Shaklee Independent Distributor, ID NO: 1068161


Atau klik whatsapp ⬇⬇⬇


Rahmah Mohid
Pengedar Sah Shaklee
ID: 1068161
Founder
RMEmpire

FB page/Google Business:
Pengedar Shaklee Kulim 013-3221852

No comments:

Post a Comment